Harimau Malaya perlu jadikan kejohanan Pestabola Merdeka sebagai medan terbaik untuk perbaiki ranking dunia

669

Sejak Pestabola Merdeka diumumkan akan kembali dianjurkan pada tahun ini selepas kali terakhir kejohanan itu dianjurkan pada tahun 2013 telah membuatkan ramai peminat teruja untuk menyaksikan pasukan kebangsaan Malaysia mempertahankan kejuaraan itu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah pun mengesahkan tiga pasukan yang akan menyertai kejohanan Pestabola Merdeka edisi kali ini iaitu India, Palestin dan India yang mana ia pada bulan Oktober depan.


Kejohanan edisi kali ini akan menggunakan format separuh akhir dan perlawanan akhir serta perlawanan untuk tempat ketiga.

Ia merupakan satu kejohanan yang cukup baik untuk skuad negara kendalian Kim Pan-gon kerana ia adalah sebahagian dari persiapan skuad Harimau Malaya menjelang kejohonana Piala Asia 2023.

Tiga pasukan yang menyertai kejohanan berprestij ini adalah pasukan yang menduduki ranking dunia yang lebih tinggi dari skuad negara dengan Palestin berada di kedudukan ke-93 dunia, Lubnan ke-100 dunia dan India pula berada di kedudukan ke-106 dunia.

Ini adalah peluang terbaik buat skuad negara untuk memperbaiki kedudukan ranking dunia berikutan berdepan lawan yang lebih kuat dari segi ranking dunia.

Walaupun tampak sukar untuk skuad negara mempertahankan kejuaraan Pestabola Merdeka untuk edisi kali ini, namun dengan prestasi semasa skuad negara di bawah kendalian Pan-gon, tiada apa yang mustahil.

Hadir dengan reputasi besar dengan menjuarai Pestabola Merdeka sebanyak 10 kali, sudah pasti Pan-gon mahu anak buahnya melebarkan rekod itu kepada 11 kali sekaligus mengekalkan kejuaraan itu di Malaysia.

Kejohonan yang cukup berprestij dan ikonik ini ‘wajib’ dimainkan di home of Harimau Malaya iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Dengan kerja-kerja penukaran rumput baru di SNBJ yang akan dibuat tidak lama lagi, ia akan menjadi venue terbaik buat skuad negara untuk beraksi di hadapan lebih 80,000 Ekor Harimau Malaya.

Dalam pada itu, walaupun pasukan jemputan tidak mempunyai aura yang akan menarik peminat seperti perlawanan menentang pasukan musuh tradisi seperti Indonesia, Thailand atau pun Vietnam, namun diharap peminat dapat turun membanjiri SNBJ bagi beri sokongan padu buat skuad negara.