Siakap Keli
final pestabola merdeka
Gambar: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Final Pestabola Merdeka 2023 Kekal Berlangsung Di SNBJ

Final Pestabola Merdeka 2023 Kekal Berlangsung Di SNBJ

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini ingin mengesahkan bahawa Final Pestabola Merdeka 2023, Malaysia menentang Tajikistan akan kekal berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) pada 17 Oktober (Selasa) ini.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Noor Azman Hj Rahman, keputusan tersebut dibuat menerusi mesyuarat yang diadakan sejurus pemeriksaan keadaan terkini padang di stadium pada tengah hari tadi.

Selepas penelitian dan penilaian dari aspek teknikal FAM menyatakan ia boleh digunakan untuk aksi final, Selasa ini.

Selain itu, keputusan tersebut turut mengambil kira beberapa faktor dan pertimbangan lain termasuk dari aspek logistik membabitkan sekretariat, petugas serta pasukan yang terlibat, selain tiada venue lain di Lembah Klang yang mampu menampung jangkaan jumlah kehadiran penyokong Harimau Malaya.

Gambar: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

“Biarpun keadaan padang baharu Stadium Nasional tidak begitu memuaskan sewaktu perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023, Malaysia menentang India pada Jumaat lalu, FAM yakin dan percaya bahawa Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) serta pihak konsultan teknikal dan kontraktornya mampu untuk membaikpulih keadaan rumput tersebut menjelang Selasa ini,” maklum kenyataan tersebut.

BACA JUGA: TMJ Tawar Guna Stadium JDT Untuk Aksi Final Pestabola Merdeka

Sementara itu, Presiden FAM Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin telah melakukan tinjauan keadaan terkini padang Stadium Nasional itu tengah hari tadi.

Turut hadir adalah Pengerusi PSM, Dato’ Hans Isaac dan turut disertai oleh Ahli Lembaga Pengarah PSM yang juga Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John; Pengerusi LOC Pestabola Merdeka 2023 yang juga Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed dan ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon.

Selepas pemeriksaan tersebut, mesyuarat yang disertai pihak-pihak terbabit telah bersetuju untuk aksi Final Pestabola Merdeka 2023, Selasa ini tetap dimainkan di Stadium Nasional berdasarkan perkembangan positif yang dapat dilihat pada kerja-kerja baik pulih padang tersebut.

final pestabola merdeka
Gambar: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Malah Pan Gon sendiri dari segi teknikal melihat bahawa padang tersebut boleh dimainkan dan berasakan adalah lebih baik aksi final kekal di Stadium Nasional supaya tidak mengganggu fokus dan persiapan pasukannya.

“FAM cukup berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta PSM yang mana pihak mereka sudah berusaha keras dan sedaya upaya dalam menjayakan projek penukaran rumput baharu di Stadium Nasional ini dan memastikan ia dapat digunakan pada Pestabola Merdeka 2023 ini.

“Junjung kasih juga kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas kesudian baginda menaja pemasangan rumput baharu jenis Zeon Zoysia ini.

BACA JUGA: Pestabola Merdeka 2023: Pasukan Palestin Sah Tarik Diri

“Mungkin atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan terutama dari segi tempoh masa, keadaan padang baharu ini tidak cukup sempurna seperti yang semua harapkan untuk diguna pakai pada Pestabola Merdeka 2023 ini, namun ia masih tetap lebih baik berbanding rumput cow grass yang digunakan sebelum ini,” katanya lagi.

Gambar: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Mengambil kira jumlah penjualan tiket aksi final yang sudah melebihi 10,000 penonton setakat ini, tiada venue lain di sekitar Lembah Klang yang mampu untuk menampung kapasiti tersebut kecuali Stadium Nasional. Lebih-lebih lagi, Stadium Nasional ini merupakan “Home of Harimau Malaya”.

Selain itu, sekiranya dipindahkan aksi final ke Stadium Sultan Ibrahim di Johor atau Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu, ia akan menimbulkan lebih masalah dan kesulitan kepada para penyokong setia Harimau Malaya yang telah pun membeli tiket-tiket tersebut kerana majoriti mereka berada di Lembah Klang.

BACA JUGA: PSM Disaran Tidak Guna Padang Hingga Aksi Final Pestabola Merdeka

“Justeru, dengan mengambil keputusan untuk kekal bermain di Stadium Nasional ini, FAM akan terus bekerjasama rapat dengan PSM di sepanjang tempoh beberapa hari menjelang Selasa ini bagi memastikan tahap atau keadaan padang Stadium Nasional dapat diminimumkan kerosakannya demi memastikan aksi final dapat berjalan dengan lancar.

“Sudah tentu, kondisi padang akan menjadi fokus utama FAM dan PSM ketika ini.

“Kepada semua penyokong Harimau Malaya, ayuh gunakan peluang ini untuk memenuhi kesemua 85,000 tempat duduk di Stadium Nasional ini bagi memberikan semangat dan motivasi kepada para pemain skuad Harimau Malaya untuk mengatasi Tajikistan, Selasa ini dan seterusnya berjaya menjulang trofi Pestabola Merdeka 2023.,” kata Noor Azman.

Sumber: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?