KETUA Jurulatih skuad kebangsaan Tajikistan, Petar Segrt begitu terkejut apabila skuad mudanya berjaya muncul juara Kejohanan Pestabola Merdeka 2023 selepas menewaskan Harimau Malaya 0-2 dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.

Pengendali yang sudah menjadi jurulatih profesional selama 27 tahun di lapan buah negara itu menganggap kejayaan yang diperolehi Tajikistan ketika ini adalah hasil kerja keras barisan kejurulatihan selain disiplin yang tinggi ditunjukkan oleh para pemainnya.

“Kami sendiri terkejut dengan kemenangan ini kerana ramai yang tidak mengenali pemain kami hari ini. Pingat emas ini adalah milik semua di Tajikistan dan saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan skuad kebangsaan ini.

“Saya rasa semua orang tidak menjangka yang kita akan menang dan seperti yang saya cakap ketika sesi sidang media, ketua jurulatih tidak sepatutnya bercakap besar kerana apa yang penting adalah keputusan perlu ditunjukkan di atas padang,” katanya.

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Tajikistan, Petar Segrt mengakui dirinya terkejut apabila pasukan kebangsaan Malaysia tidak mampu menewaskan pasukannya yang dianggapnya skuad B-21.

“Mana jurulatih yang sering bercakap menang-menang, taktikal dan karakter. Kita sebagai jurulatih perlu menghormati antara satu sama lain.

“Kami sendiri terkejut dengan kemenangan ini kerana ramai yang tidak mengenali pemain kami hari ini. Pingat emas ini adalah milik semua di Tajikistan dan saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan skuad kebangsaan ini,” ujarnya.

Dua jaringan daripada Soirov Rustam dan Samiev Shahrom pada setiap babak sudah cukup untuk memberikan pasukan di tangga ke-110 dunia itu kejuaraan dan mengecewakan Malaysia buat kali kedua berturut-turut.