fbpx

Final Pestabola Merdeka kekal di Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN perlawanan antara Malaysia dan India pada Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin. - FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Final Pestabola Merdeka antara Malaysia dan Tajikistan akan tetap dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan tiada sebarang keputusan dibuat berkaitan penukaran venue perlawanan.

Pengerusi Jawaatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Firdaus Mohamed berkata, badan induk itu sememangnya ada Pelan B, namun setakat hari ini belum ada sebarang ketetapan untuk melakukan perubahan venue.

“Pertama sekali kita menjunjung kasih dan berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana menawarkan gelanggang keramat Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, Johor untuk digunakan oleh Harimau Malaya.

“Namun, setakat hari ini final Pestabola Merdeka akan diteruskan mengikut perancangan asal iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kita juga tidak terima apa-apa permohonan daripada pihak Tajikistan.

“Jadi, setakat ini tiada sebarang perubahan dibuat tetapi sudah pasti kami harap perlawaan selepas ini dapat berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kelmarin, perlawanan antara Malaysia dan India menyaksikan Harimau Malaya menang bergaya 4-2, bagaimanapun kemenangan itu dicemari kontroversi apabila rumput padang Stadium Nasional Bukit Jalil dilihat mudah ‘terkopak’.

Rentetan itu, Tunku Ismail menerusi laman Twitter peribadinya menyatakan tawaran untuk membenarkan Harimau Malaya bermain di Stadium Sulatan Ibrahim.

“Ini adalah produk yang terbukti. Tetapi kena jaga betul-betul. Tiada beza. Rumput sama, kontraktor sama.

“Beza dia di SBNJ tak ada TMJ di situ, itu sahaja. @FAM_Malaysia kalau nak pakai SSI cakap, saya siapkan,” jelas Tunku Ismail. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI