Pestabola Merdeka: Tajikistan ganti Lubnan

Pestabola Merdeka: Tajikistan ganti Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tajikistan bakal menjadi pencabar baharu dalam Pestabola Merdeka yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 13 hingga 17 Oktober 2023.

Pasukan No. 110 dunia itu akan menggantikan Lubnan yang menarik diri daripada kejohanan empat penjuru itu, umum Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Isnin lalu, Persatuan Bola Sepak Lubnan (LFA) memberi surat kepada FAM menyatakan mereka terpaksa menarik diri dengan alasan negara itu dan Palestin diundi dalam kumpulan sama bagi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bermula November ini.

Berdasarkan undian Pestabola Merdeka yang dijalankan pada 8 Ogos lalu, Malaysia akan menentang India, manakala Palestin bertemu Lubnan pada Hari Perlawanan 1, 13 Oktober depan.

“FAM mengambil langkah proaktif dengan segera menghubungi beberapa pasukan baharu sebagai pengganti supaya perjalanan pertandingan yang telah ditetapkan untuk disertai empat pasukan dengan dua hari perlawanan iaitu pada 13 dan 17 Oktober tidak terjejas.

“Sehari kemudian (selepas menerima surat LFA) iaitu pada Selasa, 15 Ogos 2023, FAM  berjaya mendapatkan pengesahan daripada Persekutuan Bola Sepak Tajikistan (TFF) untuk pasukan kebangsaan Tajikistan yang kini berada di ranking ke-110 dunia menggantikan slot yang ditinggalkan Lubnan.

“Biarpun dengan perubahan terbaharu ini, susunan jadual perlawanan berdasarkan ketetapan majlis undian sebelum ini akan dikekalkan iaitu Malaysia bertemu India manakala Palestin kini akan menentang Tajikistan,” kata Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya