Final Pestabola Merdeka kekal di Bukit Jalil

Final Pestabola Merdeka kekal di Bukit Jalil

KEADAAN rumput padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang tercabut ketika Malaysia menentang India dalam perlawanan Pestabola Merdeka, minggu lalu. – MINGGUAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rumput mungkin tercabut di sana sini, dan akar Zeon Zoysia belum cukup kuat, namun Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tetap mendapat ‘lampu hijau’ untuk menjadi venue perlawanan akhir Pestabola Merdeka antara Malaysia dan Tajikistan, Selasa ini.

Isu logistik menyukarkan perlawanan dipindahkan ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, manakala satu lagi venue alternatif, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pula mempunyai kapasiti kecil iaitu 18,000 penonton.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Firdaus Mohamed berkata, tiada keputusan dibuat untuk menukar venue pertandingan dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) pula akan melakukan segala yang terbaik bagi memastikan SNBJ bersedia untuk pertemuan minggu depan.

KEADAAN rumput Stadium Nasional Bukit Jalil yang tercabut ketika Malaysia menentang India. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

“Pertama sekali kita berterima kasih Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku ­Ismail Sultan Ibrahim kerana menawarkan ­gelanggang keramat Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk digunakan oleh Harimau Malaya.

“Namun setakat hari ini (semalam), final Pestabola Merdeka akan diteruskan mengikut perancangan asal iaitu bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Kita juga tidak terima apa-apa permohonan daripada pihak Tajikistan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, dalam aksi menentang India yang memihak Malaysia dengan kemena­ngan 4-2, kualiti rumput di SNBJ mengundang kritikan apabila permukaan padang dilihat mudah tercabut.

Melihat keadaan padang yang tidak bersedia itu, Tunku Ismail menawarkan Harimau Malaya bermain di SSI.

“FAM kalau nak pakai Stadium Sultan Ibrahim cakap, saya siapkan,” kata pemilik JDT itu dalam hantaran di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya